CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

ALKISAH sebuah ceritera...


ALKISAH sebuah ceritera...


Tiba-tiba je teringat satu kisah yang kawan saya citerkan tak lama dulu. Masa tu dia dapat invitation keje sementara kat PASTI kawasan kami. Yelah, masa tu kan tengah cuti sem. Daripada dia melepak tak tentu hala kat rumah, ada jugak baiknya kalau dia tolong2 apa yang patut kat pusat asuhan kanak2 Islam tu. At least, terisi jugak segala keboringan yang melanda sekaligus menyumbang sedikit sebanyak ke arah pembentukan generasi Rabbani...ermm...macam pernah ku dengar ayat ini...tapi di mana ya?

Proceed the story...kawan saya ni pun terima lah invitation tu dengan bahagianya. Ada la dalam 5 ke 6 hari yang kami sekampung naik pelik semacam tengok pe`el nya. Asyik menempek senyum je memanjang. Sampaikan ada belia2 kampung kami tu yang dah arif jumlah batang gigi yang dia ada. Siap boleh specify color lagi. Whateverlah...janji dia tak menyumbang kepada perkembangan institusi sakit jiwa negara. Yelah kan, orang tu dapat offer keje gaji lumayan giler, maunye tak happy. Bukan calang2 matawang yang ditawarkan. Dah la tu, gaji dia terus je di bank in ke dalam ASB (akaun simpanan barzakh) ...hailooo...bertuahnye badan...

Nak jadikan citer...kawan saya ni pun mula lah keje sebagai pengasuh kat pusat asuhan tu. Dari hal makan minum budak2 sampai lah ke urusan rasmi kencing berak diorang semua kawan saya tolong setelkan. Ada lah jugak beberapa kali yang dia diberi amanah untuk jalankan aktiviti ’menurun’ kat budak2 comel tu. Bukan `menurun` saka...tapi menurunkan ilmu di dada. Ditakdirkan Allah swt, ada satu hari tu ustazah tetap yang mengajar budak2 tak dapat hadir sebab ada family matter ckit kat rumah. So, nak tak nak dan memang dia nak pun, kawan saya ni kenalah ganti jadi tenaga pengajar pada hari tu. Dan pelajaran yang dah termaktub dalam silibus hari itu ialah ”Doa masuk dan keluar tandas”...eh, tajuk tu pun masuk silibus ke...? Saya tadika dulu tak belajar pon...

” Baiklah anak2...hari ni Umi akan ajar anak2 semua dua potong doa yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian...”

Lembut je tutur bicara kawan saya tu memulakan sesi P&P nya...ala...biaselah dia...wanita melayu muslimah solehah terakhir. Ditambah lagi dengan kata ganti diri yang digunakan tu betul2 menyerlahkan sifat keumiannya. Budak2 yang dari tadi sibuk berkumpul membincangkan isu kenaikan harga minyak negara ala2 parlimen tu pun dengan rela hati menyuraikan perhimpunan aman mereka.

” Ok...kita mulakan dengan doa masuk tandas kemudian kita continue pulak ngan doa keluar dari tandas...boleh?”

” boooleeeehhhh...” budak2 tu jawab ramai2. Bingit...macam kita tadika dulu2 la...

” Sape kat sini pandai menyanyi...angkat tangan...”

Kawan saya ni memang gifted. Ada je akal kreatifnya nak buat doa2 tu jadi lagu. Bijak dia mengatur kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif, afektif dan psikomotor anak2nya yang seramai 30 orang tu. Pasal budak2 tu pulak, nak cakapnye...kalaulah kaki ni pun termasuk dalam senarai tangan, nescaya akan terapung2lah mereka dek kerana semangatnye nak bagitau kat umi diorang yang diorang tu memang pandai banget menyanyi. Siap ada dah berangan nak cuba nasib kat mane2 program realiti nyanyian yang tengah menyemak kat TV skrg nih. Walaupun tahu memang confirm akan tersingkir. Kesian budak2 ni kan...doktrin tak ngam...hailooo...dunia...dunia...

” Umi nyanyi dulu, pastu anak2 ikut yeee...” kawan saya ni pun lagukanlah doa tadi dengan asyik dan lunaknya...

Bila sesi nyanyian budak2 dah start, mulalah bingit bilik darjah berdinding plywood tu. Masing-masing melontarkan vokal dan konsonan tersendiri. Unik...tapi memeningkan...macam-macam tiun boleh dengar...dah la tak ikut piawaian SIRIM...boleh membahayakan kesihatan tu...silap haribulan boleh cair tahi telinga...!

Tiba-tiba...

” Umi...Ikhwan nak ke tandas...boleh?” Seorang anaknya bersuara.

” Boleh je...pergilah...kalau dah sudah nanti panggil Umi ye...jangan lupa tutup pintu rapat2 tau...” lembut je kawan saya mengingatkan.

Ikhwan pun mula bergerak ke tandas. Tak jauh pun. Dalam area bilik darjah tu jugak.

Pelajaran pun diteruskan. Budak2 tu tengah tekun menghafal doa.

2 minit...5 minit...7 minit...10 minit...

’...eh, apsal la pulak Ikhwan ni tak keluar2 lagi? lama sangat dah ni...’ keluh kawan saya dalam hati.

Tengah semua orang confident dengan kerja masing2...tiba-tiba...

” Syyyyhhhh....” Aina anak perempuannya pulak bersuara mengejutkan segenap makhluk bernyawa dalam bilik darjah tu...cicak pun ikut bunyi sekali...tapi tak paham dia cakap apa...

” Umi dengar tak bunyi tu...?” Dahi Aina dah berkerut simpul sana sini ala2 detektif Conan tengah nak selesaikan kes dalam siri bersambung minggu hadapan...buat suspen je...

Kedengaran bunyi pelik dari arah tandas. Jangan-jangan...isy, takkan ler benda tu keluar siang2 hari pulak. Masing2 senyap menala ke tandas yang dah jadi permukiman Ikhwan sejak lebih 10 minit tadi...macam2 andaian dah menari2 kat kepala kawan saya...risau tahap petala kelapan dah dia...!

” Ikhwan...Ikhwan buat apa kat dalam? Kenapa tak keluar lagi ni? Ikhwan sakit ke? Meh sini dengan Umi...”

Terketar2 jugaklah kawan saya masa tu. Yelah, ntahapapa musibah yang menimpa anaknya yang sorang tu.

Tapi...no response...Ikhwan tak jawab ape pun. Yang dengar cuma esak tangisnya yang makin menjadi2. Apa kena dengan budak ni...?

” Ikhwan jangan macam ni. Buka pintu ye sayang. Tak elok duduk dalam tu lama2. Tandas kan rumah syaitan. Kalau Ikhwan pun duduk kat situ nanti ’dia’ nak duduk mana?” ayat akhir tu saya tambah sendiri. Nak bagi ada adegan thriller ckit...

”...tok...tok...tok...dong...dong...dong...Ikhwan keluar la...!”

Berselang seli bunyi degungan pintu dengan suara kawan saya nak suruh Ikhwan keluar. Eh, suara2 sumbang pun ada..? Tu confirm suara budak2 lain tu...nak menyibuk jugak diorang...baguslah, ada semangat ukhwah Islamiyah...

” Umiiii...” akhirnya menjawab jugak Ikhwan. Tersekat2 suaranya. Kemudian menyambung lagi...

” Ikhwan terlupa bacaan doa keluar tandas...Ikhwan takut nanti Tuhan marah Ikhwan...”

MasyaAllah...!

Saya masa dengar kawan saya citerkan kisah ni, macam2 perasaan saya alami. Lucu pun ada, gerun pun ada...lucu teringatkan Ikhwan...boleh dia stay dalam tandas lama macam tu semata2 sebab tak ingat doa? Tapi saya gerun jugak...boleh budak seusia Ikhwan terfikir tentang murka Tuhan semata2 sebab terlupa bacaan doa keluar tandas...? Kita yang dah boleh jadi nenek budak ni pun ntah tahu ntah tidak kewujudan doa masuk dan keluar tandas tu. Ke selama ni main aci redah je masuk keluar tandas suka2 hati...Subhanallah...insaf saya...

Tiba2 terasa saya kerdil sangat. Dalam umur saya yang dah puluh-puluh ni pun masih terlalu sedikit khauf dan rajaa` saya pada Allah swt. Malu dengan Ikhwan. Yang paling dahsyat lagi saya malu dengan Allah. Segala macam nikmat saya minta dari DIA selama ni, dan kadang2 saya tak minta pun DIA bagi percuma. Tapi banyak mana saya ingat DIA dalam setiap gerak laku saya...? Ya Allah...berdosanya hambaMU ini...

Betul lah...tarbiah tu ada di mana2. Tinggal lagi kita buka mata zahir dan batin untuk bagi resap nilai tarbiah tu biar tumbuh subur dalam diri. Budak sekecil Ikhwan pun boleh jadi wasilah tarbiah Allah pada kita...MasyaAllah...bertuahnya jadi manusia...

Haaa...dah ingat dah kat mana dengar ayat kat perenggan pertama tadi...tak silap saya tu tema untuk ma`al hijrah...tahun berapa saya tak ingat. Tapi pernah lah guna tema tu. Ke arah pembentukan generasi Rabbani...lebih kurang la...Terfikir saya, sejauhmana saya dah menyumbang ke arah pembentukan generasi Rabbani itu...? Adakah Ikhwan tu adalah tanda2 generasi Rabbani yang patut kita lahirkan? Mampu ke kita nak didik anak2 dalam acuan dan adunan Rabbani sedangkan dunia kita sekarang ni sangatlah bergelumang dengan busuk dan hanyir maksiat? Menggeletar nurani saya bila terkenangkan benda ni. Sama2 kita fikir dan renung...Kalau kita pun dah banyak abaikan apa yang Allah suruh, layakkah kita untuk jadi modul tarbiah kepada anak bangsa akan datang? Tak payah nak cakap anak bangsa la...anak sendiri pun belum pasti lagi condong ke mana. Semoga Allah limpahkan kita semua dengan cahaya petunjuk dan kasih sayangNYA...Ameen...

So, member2 semua...jomlah kita kutip banyak2 mutiara tarbiah yang Allah dah taburkan di segenap ceruk alam buana ni. Jangan abaikan even a particle...sebab kita tak tahu yang mana satu adalah ruang dan peluang yang Allah bukakan untuk kita berubah dan lebih dekat denganNYA...Ikhwan mungkin salah satu dari wasilahnya...harap kita dapat cari lebih banyak lagi lepas ni...

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang Telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa..
-ASSAJDAH : 22-

ASSALAMU'ALAIKUM...

Alhamdulillah...at last...huh! saya dah usaha tahap ICU dah nak buat blog ni...akhirnya berjaya jugak...